Kisah ni berlaku pada tahun lepas. Agak mencemaskan namun akhirnya berakhir dengan gelak tawa. Entah macam mana dia memasukkan bateri kereta mainan yang saiznya sama dengan bateri jam tangan ke dalam hidung.
Sedar-sedar dia menangis sambil mengorek lubang hidungnya, dia meminta tolong sambil menangis. Puas papa menghisap hidungnya namun tidak ada benda yang keluar hanya rasa besi dan papa syak dia termasuk paper-clip atau kunci.
Pelbagai usaha dilakukan dengan mendongakkan kepala namun tidak ada apa yang kelihatan dan menggunakan cotton-bud untuk mencungkil namun tiada benda yang keluar.
Akhirnya papa&mama berkira-kira untuk membawanya ke hospital dan pada ketika itulah dia bersin. Setelah itu kami mengamati benda yang keluar dari hidungnya dan dia menyerahkan kepada mamanya "mama.. eji nda mau nie!" dan papa&mama akhirnya ketawa sekuatnya.
hahahaha..
cute gle!!!
comel gle bdk2 tu..
da la putih, chubby plak kn..
mmg best nk cubit...=)
Haha... Jiji ni anak tengah. So keje dia nak minta perhatian jerr! kekadang tu sengal gak!