Perjalanan menuju ke bandar akan melalui simpang Airport dan itu merupakan tempat wajib untuk disinggah oleh si Gamu (abang). Di sana terletaknya MC' D dan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan papa untuk singgah, kadang-kadang dia memberi alasan hanya untuk melihat-lihat ikan(landmark dekat roundabout) tetapi biasanya berakhir dengan membeli aiskrim.
Suatu hari tu saya hampir pasti dia lupa tentang tempat kegemarannya tu, hinggakan semasa melepasi simpang airport dia hanya tersenyum ceria. Kemudian pada ketika itulah dia menjual teka-tekinya.
Suatu hari tu saya hampir pasti dia lupa tentang tempat kegemarannya tu, hinggakan semasa melepasi simpang airport dia hanya tersenyum ceria. Kemudian pada ketika itulah dia menjual teka-tekinya.
Abang : Papa.. bird makan apa?
Papa : Fish! (bangga.. mesti diorang baru belajar ni)
Abang : Ok! bear makan aper? (tiru slang orang semenanjung)
Papa: emm.. fish (malas mau fikir!) Teacher ajar?
Abang : Papa... dekat airport tu ada fish kan..
Papa : (mesti dia maksudkan landmark ikan tu!) A'ah.. why?
Abang : Abang mau makan burger! (Pulak!)
Dan akhirnya kami menyinggah semasa perjalanan balik untuk membeli burger. Tiada sudah teka-tekinya mungkin sebab mulutnya penuh :)
Comments (0)
Post a Comment