Recent twitter entries...

Since Oct,2008

Since Oct,2008
My anak2ku - My life!

Hi there!

I try to figure out what sort of blog that I want to write.. without any interesting idea on my mind, limited time and knowledge. Finally I decided to share my experience of starting a new phase of my life: being a father of my two charming prince and my two beautiful princess whose name are Iman Hafiy (19/02/2007), Siti Fadiyah (18/04/08) and Siti Fathiyah (20/11/2009) & Iman Hazim (19/09/2011)
Everytime I look at them.. I see hope renewed and how simple life can be.


* My thanks go to my beloved wife for showing me the real definitions of marriage and being the best mother for our kids..

Dedek the conqueror

Dia punya pesona sebagai penyambut tetamu yang paling manis sekali, senyuman dan dengan penuh tenang menunggu sehingga papa@mama masuk ke rumah. Dia hanya memerhati kalau-kalau akan disapa dan didukung, kalau tidak dilayan sekalipun dia hanya akan meneruskan aktivitinya. Berlainan sekali dengan si abang dan si kakak yang menjerit-jerit dan tidak sabar-sabar menunggu kami masuk. Namun dia masih kecil, jangan diperkecilkan pengaruh sifu-sifunya itu.


Tidak banyak yang boleh diceritakan tentang si adik ni, dia jarang buat perangai cuma ada masanya dia mahu perhatian yang lebih dan akan bermanja semahunya. Tidak akan ada peluang untuk abang dan kakaknya. Rasanya dia layak untuk itu sebab jarang sekali dia mahu bermanja dengan papa&mama. Bukannya tidak dimanjakan namun perhatian terpaksa dibahagikan dengan si abang yang kuat merajuk dan si kakak yang kuat memerintah.

Namun begitu.. dia punya kekuatan yang buat kami akur dan terpaksa mengalah dengannya dan bagi papa itulah si Dedek yang sebenar. Apabila dia sedang duduk di sofa, dia tidak akan sekali-kali membenarkan sesiapapun duduk di mana-mana bahagian pun. kadang-kadang tanpa sedar terduduk bersamanya dia akan menolak atau menendang(dengan lembut) sehingga orang itu perasaan yang itu adalah kawasannya. Begitu juga kisahnya semasa tidur di atas katil, sebolehnya dia akan memastikan tidak akan tersentuh dengan siapa-siapa yang tidur di sampingnya.

Walaupun begitu papa&mama tetap berusaha untuk mengikis sikapnya itu takut menjadi kebiasaan dan menyusahkan dirinya kelak. Sekerap yang mungkin papa&mama akan duduk menemankan dia bermain dan bercerita di atas katil. Walaupun dia kurang gemar dipeluk papa&mama selalu membelai dan memeluknya.


P.S: Mungkin sebab itulah, papa&mama selalu terkenang-kenang dan rindukannya.



Comments (0)

Jika anak dibesarkan dengan PERMUSUHAN, dia belajar BERKELAHI,
Jika anak dibesarkan dengan CEMUHAN, dia belajar RENDAH DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan DORONGAN, dia belajar PERCAYAKAN KASIH SAYANG!