Recent twitter entries...

Since Oct,2008

Since Oct,2008
My anak2ku - My life!

Hi there!

I try to figure out what sort of blog that I want to write.. without any interesting idea on my mind, limited time and knowledge. Finally I decided to share my experience of starting a new phase of my life: being a father of my two charming prince and my two beautiful princess whose name are Iman Hafiy (19/02/2007), Siti Fadiyah (18/04/08) and Siti Fathiyah (20/11/2009) & Iman Hazim (19/09/2011)
Everytime I look at them.. I see hope renewed and how simple life can be.


* My thanks go to my beloved wife for showing me the real definitions of marriage and being the best mother for our kids..

Tragedi si Jiji!

2






Kisah ni berlaku pada tahun lepas. Agak mencemaskan namun akhirnya berakhir dengan gelak tawa. Entah macam mana dia memasukkan bateri kereta mainan yang saiznya sama dengan bateri jam tangan ke dalam hidung.

Sedar-sedar dia menangis sambil mengorek lubang hidungnya, dia meminta tolong sambil menangis. Puas papa menghisap hidungnya namun tidak ada benda yang keluar hanya rasa besi dan papa syak dia termasuk paper-clip atau kunci.

Pelbagai usaha dilakukan dengan mendongakkan kepala namun tidak ada apa yang kelihatan dan menggunakan cotton-bud untuk mencungkil namun tiada benda yang keluar.


Akhirnya papa&mama berkira-kira untuk membawanya ke hospital dan pada ketika itulah dia bersin. Setelah itu kami mengamati benda yang keluar dari hidungnya dan dia menyerahkan kepada mamanya "mama.. eji nda mau nie!" dan papa&mama akhirnya ketawa sekuatnya.






Apabila si gamu berteka-teki

0


Perjalanan menuju ke bandar akan melalui simpang Airport dan itu merupakan tempat wajib untuk disinggah oleh si Gamu (abang). Di sana terletaknya MC' D dan dia tidak pernah lupa untuk mengingatkan papa untuk singgah, kadang-kadang dia memberi alasan hanya untuk melihat-lihat ikan(landmark dekat roundabout) tetapi biasanya berakhir dengan membeli aiskrim.

Suatu hari tu saya hampir pasti dia lupa tentang tempat kegemarannya tu, hinggakan semasa melepasi simpang airport dia hanya tersenyum ceria. Kemudian pada ketika itulah dia menjual teka-tekinya.

Abang : Papa.. bird makan apa?
Papa : Fish! (bangga.. mesti diorang baru belajar ni)
Abang : Ok! bear makan aper? (tiru slang orang semenanjung)
Papa: emm.. fish (malas mau fikir!) Teacher ajar?
Abang : Papa... dekat airport tu ada fish kan..
Papa : (mesti dia maksudkan landmark ikan tu!) A'ah.. why?
Abang : Abang mau makan burger! (Pulak!)

Dan akhirnya kami menyinggah semasa perjalanan balik untuk membeli burger. Tiada sudah teka-tekinya mungkin sebab mulutnya penuh :)

Fine dine...

0
Sesampai saja di halaman rumah tidak ada seorangpun yang keluar menyambut papa, aik mana saja diorang nie dan hanya selepas membuka pintu grill barulah si adik yang siap berpakaian cantik keluar dengan senyuman manisnya. Papa terus memeluk dan mendukungnya masuk ke rumah, rupa-rupanya si kakak dan si abang sedang disiapkan oleh mama. Mamapun tidak kurang lawa dan masih jelita seperti dulu. Sempat lagi bergurau dengan mama "jangan lawa sangat nanti orang mengorat". Mama hanya tersenyum dan dengan lembut "thank you pa, biasa-biasa ja"

Rupa-rupanya mama bawa keluar makan malam sempena birthday papa yang ke-33. Si kakak beria mau pergi KFC manakala si abang ke MC'D dan si adik hanya tersengih-sengih. Bagi mengelakkan pergaduhan kami mengambil keputusan ke Pizza.























Semasa dalam kereta lagi papa telah berulangkali memberi peringatan tentang 'do & don't" dan suruh mengulang perkataan 'behave". Mereka mengulangnya dan angguk setuju tetapi baru saja sampai di basement parking si kakak sudah membuka pintu tanpa kebenaran. Adoi!!!


Alhamdulillah dalam pizza mereka berkelakuan baik malah si abang sudah pandai memesan makanan. Semua makan dengan teratur cuma si kakak yang awal selesai makan terus berkeliaran, apalagi si adik pun ingin turut serta. Hanya si abang yang bersungguh-sungguh menghabiskan semua makanan. Balik ke rumah lebih kurang pukul 9.00 malam, semua mengantuk akibat kekenyangan. Thanks mama, abang, kakak and dedek. -Love you all!


_____________________________________________________________________

Aik ingat sudah habis?

dan rupa-rupanya mama tidak akan melepaskan papa tanpa surprise. Papa yang terlentang di ruang tamu menonton tv tercengang-cengang melihat mama dengan penuh selamba menutup suis kipas dan masuk ke dapur. Kemudian dia keluar semula dengan Kek dan lilin yang bernyala! Kemudian anak-anak papa menyanyi dengan girangnya lagu happy birthday. Dan seperti selalunya pergaduhan tentang siapa yang patut tiup lilin. Lilin terpaksa dipasang berulang-kali bagi memuaskan hati budak-budak tak cukup umur tu! Adoi!!!


Dedek the conqueror

0
Dia punya pesona sebagai penyambut tetamu yang paling manis sekali, senyuman dan dengan penuh tenang menunggu sehingga papa@mama masuk ke rumah. Dia hanya memerhati kalau-kalau akan disapa dan didukung, kalau tidak dilayan sekalipun dia hanya akan meneruskan aktivitinya. Berlainan sekali dengan si abang dan si kakak yang menjerit-jerit dan tidak sabar-sabar menunggu kami masuk. Namun dia masih kecil, jangan diperkecilkan pengaruh sifu-sifunya itu.


Tidak banyak yang boleh diceritakan tentang si adik ni, dia jarang buat perangai cuma ada masanya dia mahu perhatian yang lebih dan akan bermanja semahunya. Tidak akan ada peluang untuk abang dan kakaknya. Rasanya dia layak untuk itu sebab jarang sekali dia mahu bermanja dengan papa&mama. Bukannya tidak dimanjakan namun perhatian terpaksa dibahagikan dengan si abang yang kuat merajuk dan si kakak yang kuat memerintah.

Namun begitu.. dia punya kekuatan yang buat kami akur dan terpaksa mengalah dengannya dan bagi papa itulah si Dedek yang sebenar. Apabila dia sedang duduk di sofa, dia tidak akan sekali-kali membenarkan sesiapapun duduk di mana-mana bahagian pun. kadang-kadang tanpa sedar terduduk bersamanya dia akan menolak atau menendang(dengan lembut) sehingga orang itu perasaan yang itu adalah kawasannya. Begitu juga kisahnya semasa tidur di atas katil, sebolehnya dia akan memastikan tidak akan tersentuh dengan siapa-siapa yang tidur di sampingnya.

Walaupun begitu papa&mama tetap berusaha untuk mengikis sikapnya itu takut menjadi kebiasaan dan menyusahkan dirinya kelak. Sekerap yang mungkin papa&mama akan duduk menemankan dia bermain dan bercerita di atas katil. Walaupun dia kurang gemar dipeluk papa&mama selalu membelai dan memeluknya.


P.S: Mungkin sebab itulah, papa&mama selalu terkenang-kenang dan rindukannya.




Jiji udah sihat :)

0
Dalam demam tidak lupa set rambut, biar bangun dengan cantik!

Tidak mau ketinggalan memakai alat bantu 'hidung tersumbat/dengkur'

p.s: Gambar diambil pada malam pertama Jiji demam.


Alhamdulillah...
Semalam demam Jiji sudah kebah, hati mana yang tidak gusar melihat dia yang selama ini aktif (tidak pandai duduk diam) dan petah bercakap bertukar menjadi pasif dan asyik tidur dek penangan ubat. Sehingga papa&mama menjadi trauma dan paranoid dengan suhu badan, tidak dapat membezakan suhu badan normal atau demam. Hanya berpandukan Termometer... 36.5C itulah bacaan terakhir dan Jiji menjadi si comel yang ceria. Papa melayannya sepanjang malam: bercerita, menonton tv sambil melayar youtube "jangan nakal-Alif', "ilusi- Adira" dan semua lagu kegemarannya. Tidak cukup dengan itu sempat lagi menjenguk si Gwyn yang sedang tidur dan sedar-sedar dia mengoyangkan bahu. Jam menunjukkan 1.20 pagi.

"Papa.. sleep?" dengan muka concern
"hmm.. jom popom Ji" *popom=tidur
"Papa.. abang mana?"

"abang sleep tempat bonda" (bonda - merujuk kepada
aunty kesayangannya)
"Papa.. Eji mau pee" *pee=kencing
selesai membuang air..

"papa.. abang
sudah pee?"

Ahah! lupa pesan bonda dan bucunya si abang tu kena kejutkan dua kali untuk buang air. Papa berani bertaruh mesti dia basahkan baju tidurnya tu. Sebelum tidur dia sempat menukar gaun tidur pink kegemarannya, hati berkocak gembira melihat dia kembali lincah dan bijak!



What a coincidence!

0


17th March - Papa
18th April - Jiji
19th February - Abang
20th November - Dedek
21st November - Mama

P/s : Whose birth date, just around the corner?





Jika anak dibesarkan dengan PERMUSUHAN, dia belajar BERKELAHI,
Jika anak dibesarkan dengan CEMUHAN, dia belajar RENDAH DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan DORONGAN, dia belajar PERCAYAKAN KASIH SAYANG!