Salam,
Maaflah lama tidak update, Papa begitu sibuk dengan rutin harian apatah lagi tiga serangkai sekarang nie sudah mula bermain bersama. Seluruh rumah adalah lokasi permainan dan semua benda menjadi alat permainan.. dapat bayangkan?? surely a heaven place for them but a chaos scenery for us.
Entri kali ni buat papa teragak-agak untuk kongsi bersama tetapi sekadar buat ingatan bahawa kami pernah melalui proses ini dan keputusan ini dibuat untuk kebaikan bersama. Tidaklah bermakna papa&mama tidak ada kaedah perancang keluarga cuma mungkin kurang meyakinkan dan yang kesiannya kesan pada mama yang mengalami kesan sampingan. Akhirnya kami sepakat untuk memilih kaedah implan setelah mendapatkan maklumat dan nasihat dari doktor.
Papa seringkali berhadapan dengan insiden yang membuatkan hati terdetik "hmm.. family planning". Ada satu insiden yang mengeramkan tetapi kalau dikenang rasa kelakar pula ianya berlaku semasa membuat pembayaran di sebuah pasaraya Labuan.
Juruwang : Bang yang ni saiz M (sambil menunjuk pada lampin pakai buang)
Papa : Hmm.. yup (endah tak endah)
Juruwang : Oh mungkin abang salah yang ini (menunjuk pada lampin pakai buang saiz L)
Papa : Hmm.. napa?
Juruwang : Abang tidak salah saiz? Yang XL ni pun mau?
Papa : (deep breath) Iya dek.. ni semua untuk anak saya tiga tahun, dua tahun dan satu tahun.
Juruwang : Maaf encik..

itulah cabaran membesarkan anak-anak..kena tambah lagi..anak Akim comei-comei..suka tengok.
Walaykumsalam.
Makasih.. Kalau dapat nak dua pasang tapi lepas 3 tahun la kot. Inshallah..