Antara hari terakhir beraya di Beaufort... sedih sangat kalau dikenang, pada awalnya mama kena tahan di wad kecemasan kerana cirit birit dan muntah-muntah, selepas tu abang dan jiji demam dan cirit birit. Akhirnya papa pula diserang gastrik dan cirit-birit.
Petang tu papa dan mama sangat sedih sebab tidak dapat merasakan beraya sepuasnya-puasnya di Beaufort sedangkan banyak rancangan telah dibuat. Jadi petang tu walaupun belum sembuh sepenuhnya keluar juga bawa abang dan jiji ke halaman rumah mengambil buah rambutan dan bermain bola.
Pokok rambutan yang ditanam selepas papa dan mama bertunang, akhirnya berbuah dan terharu sangat kerana akhirnya abang dan jiji dapat mengambil sendiri dan merasa buahnya.
Alhamduluillah dalam keadaan kurang sihat sempat menziarahi pusara bapa... sangat menyayat hati apabila mama menyuruh si abang memberi salam dia menjerit "Assalamualaikum atuk!!". Kami sempat membacakan surah Yassin sebelum meninggalkan kawasan perkuburan dengan seribu perasaan. Papa terkilan sangat kerana tidak pernah berkesempatan berjumpa dengan arwah bapa itulah yang begitu menyebak perasaan..

"Moga damailah engkau di sana.."