Since Oct,2008
Hi there!
I try to figure out what sort of blog that I want to write.. without any interesting idea on my mind, limited time and knowledge. Finally I decided to share my experience of starting a new phase of my life: being a father of my two charming prince and my two beautiful princess whose name are Iman Hafiy (19/02/2007), Siti Fadiyah (18/04/08) and Siti Fathiyah (20/11/2009) & Iman Hazim (19/09/2011)
Everytime I look at them.. I see hope renewed and how simple life can be.
* My thanks go to my beloved wife for showing me the real definitions of marriage and being the best mother for our kids..

raya@beaufort
Posted by
Adie Achim
|
|
9:38 PM
Antara hari terakhir beraya di Beaufort... sedih sangat kalau dikenang, pada awalnya mama kena tahan di wad kecemasan kerana cirit birit dan muntah-muntah, selepas tu abang dan jiji demam dan cirit birit. Akhirnya papa pula diserang gastrik dan cirit-birit.
Petang tu papa dan mama sangat sedih sebab tidak dapat merasakan beraya sepuasnya-puasnya di Beaufort sedangkan banyak rancangan telah dibuat. Jadi petang tu walaupun belum sembuh sepenuhnya keluar juga bawa abang dan jiji ke halaman rumah mengambil buah rambutan dan bermain bola.
Pokok rambutan yang ditanam selepas papa dan mama bertunang, akhirnya berbuah dan terharu sangat kerana akhirnya abang dan jiji dapat mengambil sendiri dan merasa buahnya.
Alhamduluillah dalam keadaan kurang sihat sempat menziarahi pusara bapa... sangat menyayat hati apabila mama menyuruh si abang memberi salam dia menjerit "Assalamualaikum atuk!!". Kami sempat membacakan surah Yassin sebelum meninggalkan kawasan perkuburan dengan seribu perasaan. Papa terkilan sangat kerana tidak pernah berkesempatan berjumpa dengan arwah bapa itulah yang begitu menyebak perasaan..

"Moga damailah engkau di sana.."
Jiji best day.. akhirnya..
Posted by
Adie Achim
|
|
8:32 PM
Alhamdulillah!
Niat untuk menyambut harijadi Jiji akhirnya terlaksana juga, bukan apa sudah banyak kali ditunda kerana masa dan hari yang kurang sesuai. Kami memikirkan pada masa depan nanti, bimbnag dia berkecil hati melihat ada gambar harijadi untuk si abang sedangkan dia tiada. Maka dengan sedaya-upayanya kami cuba capaikan juga hasrat ini.
Terima kasih buat 'nenek' 'papa janggut' 'kakak' yang banyak membantu dan tidak lupa bacaan doa selamat oleh Haji Jasni dan kepada tetamu yang sudi melapangkan diri untuk memeriahkan majlis. Inilah dia sepanjang ulangtahunnya yang ke 1 tahun 6 bulan..

Raya@Tanaki
Posted by
Adie Achim
|
|
8:05 PM
Salaam Aidilfitri... Tahun ini amat bermakna sekali buat pertama kalinya dapat balik beraya di Tambunan dan Keningau, maaf dipinta kerana inilah buat julung kalinya 'mama' dapat cuti raya dan kebetulan agak panjang sikit jadi kami bahagikan pre aidilfitri-beaufort, aidilfitri-tambunan-keningau-beaufort.
Abang dan Jiji bukan main gembira lagi dapat bertemu dengan sepupu-sepupunya tetapi abang agak kasar semasa bermain dan suka monopoli rancangan tv menyebabkan ramai yang takut dengannya. Lucu kalau diingat, ada anak saudara tu mengadu dengan kakak "jahat oh tu budak!" sambil menuding si abang yang baru melepaskan tumbukan dan tendangan.. dan abang hingga saat ini kalau hendak berpesan sesuatu dia akan cakap "buy ice dream, toys, mercun, bunga api, pistol, gula2, budak2!" emm tu lah dia.. mana la mau cari budak-budak bawa balik rumah!
Alhamdulillah... akhirnya Jiji dan abang sihat dan semakin berisi selepas demam dan cirit-birit.. Terkilan sangat semasa di Beaufort kami semua kurang sihat. Insyallah tahun depan bersama ahli yang baru..
Terima kasih mama atas susah payah menyiapkan keperluan kami dan semasa hari raya.. Kesian mama pada malam raya kedua sakit pinggang. Sayang mama!!!

Anak-anak papa!
Posted by
Adie Achim
|
|
12:16 AM
Masa berlalu .. (buat abang)
Hari itu masih terngiang-ngiang buat pertama kalinya suara abang menangis, masih terbayang proses kelahirannya, masih teringat kita bertentang mata buat pertama kalinya dan secara rasminya bergelar papa. Kukucup dahi mama.. terasa ucapan terima kasih amat murah berbanding dengan kesengsaraan yang ditanggunginya. Malah hadiah yang papa berikan tidak akan setanding dengan apa yang mama hadiahkan...
Masa berlalu.. (buat kakak)
Hari itu papa masih ingat debaran jantung menunggu, apabila mama melahirkan awal dua minggu daripada yang dijangka, duduk tidak senang berdiri jadi tidak kena. Alhamdulillah papa sempat masuk memberi sokongan buat mama. Hadiah yang cukup manis buat kami kerana hanya mengetahui jantina pada ketika itu. Mama tersenyum dan membisikkan "emm.. yang ni ikut rupa papa" dan papa mengangguk setuju...
Masa berlalu... (buat adik)
Hari itu papa baru saja terjaga dari tidur apabila mama menyerahkan kotak cincin pertunangan dan menyuruh membukanya, dalam keadaan bingung papa membukanya rupa-rupanya ada alat menguji kehamilan: dua garis! Kami bersyukur dan papa hampir-hampir melinangkan air mata. Ramai yang gembira dengan berita ini dan tidak kurang juga yang menyindir sinis tapi kami terima...
Masa ini...
Papa dan mama hampir 90% bersiap-sedia menanti adik. Papa dan mama berdoa:
" Ya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Hanya kepadamu tempat kami memohon pertolongan dan hanya kepadamu tempat kami berlindung, Ya Allah Engkau Maha Mengetahui dan Maha Kuasa, Kami mohon padamu Ya Allah permudahkanlah tatkala tiba masanya kelahiran anak kami, Permudahkanlah Ya Allah. Berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan jauhilah kami dari azab neraka. Amin amin Ya-rabbil Al amin.."

Subscribe to:
Posts (Atom)
Jika anak dibesarkan dengan PERMUSUHAN, dia belajar BERKELAHI,
Jika anak dibesarkan dengan CEMUHAN, dia belajar RENDAH DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan DORONGAN, dia belajar PERCAYAKAN KASIH SAYANG!