Recent twitter entries...

Since Oct,2008

Since Oct,2008
My anak2ku - My life!

Hi there!

I try to figure out what sort of blog that I want to write.. without any interesting idea on my mind, limited time and knowledge. Finally I decided to share my experience of starting a new phase of my life: being a father of my two charming prince and my two beautiful princess whose name are Iman Hafiy (19/02/2007), Siti Fadiyah (18/04/08) and Siti Fathiyah (20/11/2009) & Iman Hazim (19/09/2011)
Everytime I look at them.. I see hope renewed and how simple life can be.


* My thanks go to my beloved wife for showing me the real definitions of marriage and being the best mother for our kids..

Dedek the conqueror

0
Dia punya pesona sebagai penyambut tetamu yang paling manis sekali, senyuman dan dengan penuh tenang menunggu sehingga papa@mama masuk ke rumah. Dia hanya memerhati kalau-kalau akan disapa dan didukung, kalau tidak dilayan sekalipun dia hanya akan meneruskan aktivitinya. Berlainan sekali dengan si abang dan si kakak yang menjerit-jerit dan tidak sabar-sabar menunggu kami masuk. Namun dia masih kecil, jangan diperkecilkan pengaruh sifu-sifunya itu.


Tidak banyak yang boleh diceritakan tentang si adik ni, dia jarang buat perangai cuma ada masanya dia mahu perhatian yang lebih dan akan bermanja semahunya. Tidak akan ada peluang untuk abang dan kakaknya. Rasanya dia layak untuk itu sebab jarang sekali dia mahu bermanja dengan papa&mama. Bukannya tidak dimanjakan namun perhatian terpaksa dibahagikan dengan si abang yang kuat merajuk dan si kakak yang kuat memerintah.

Namun begitu.. dia punya kekuatan yang buat kami akur dan terpaksa mengalah dengannya dan bagi papa itulah si Dedek yang sebenar. Apabila dia sedang duduk di sofa, dia tidak akan sekali-kali membenarkan sesiapapun duduk di mana-mana bahagian pun. kadang-kadang tanpa sedar terduduk bersamanya dia akan menolak atau menendang(dengan lembut) sehingga orang itu perasaan yang itu adalah kawasannya. Begitu juga kisahnya semasa tidur di atas katil, sebolehnya dia akan memastikan tidak akan tersentuh dengan siapa-siapa yang tidur di sampingnya.

Walaupun begitu papa&mama tetap berusaha untuk mengikis sikapnya itu takut menjadi kebiasaan dan menyusahkan dirinya kelak. Sekerap yang mungkin papa&mama akan duduk menemankan dia bermain dan bercerita di atas katil. Walaupun dia kurang gemar dipeluk papa&mama selalu membelai dan memeluknya.


P.S: Mungkin sebab itulah, papa&mama selalu terkenang-kenang dan rindukannya.




Jiji udah sihat :)

0
Dalam demam tidak lupa set rambut, biar bangun dengan cantik!

Tidak mau ketinggalan memakai alat bantu 'hidung tersumbat/dengkur'

p.s: Gambar diambil pada malam pertama Jiji demam.


Alhamdulillah...
Semalam demam Jiji sudah kebah, hati mana yang tidak gusar melihat dia yang selama ini aktif (tidak pandai duduk diam) dan petah bercakap bertukar menjadi pasif dan asyik tidur dek penangan ubat. Sehingga papa&mama menjadi trauma dan paranoid dengan suhu badan, tidak dapat membezakan suhu badan normal atau demam. Hanya berpandukan Termometer... 36.5C itulah bacaan terakhir dan Jiji menjadi si comel yang ceria. Papa melayannya sepanjang malam: bercerita, menonton tv sambil melayar youtube "jangan nakal-Alif', "ilusi- Adira" dan semua lagu kegemarannya. Tidak cukup dengan itu sempat lagi menjenguk si Gwyn yang sedang tidur dan sedar-sedar dia mengoyangkan bahu. Jam menunjukkan 1.20 pagi.

"Papa.. sleep?" dengan muka concern
"hmm.. jom popom Ji" *popom=tidur
"Papa.. abang mana?"

"abang sleep tempat bonda" (bonda - merujuk kepada
aunty kesayangannya)
"Papa.. Eji mau pee" *pee=kencing
selesai membuang air..

"papa.. abang
sudah pee?"

Ahah! lupa pesan bonda dan bucunya si abang tu kena kejutkan dua kali untuk buang air. Papa berani bertaruh mesti dia basahkan baju tidurnya tu. Sebelum tidur dia sempat menukar gaun tidur pink kegemarannya, hati berkocak gembira melihat dia kembali lincah dan bijak!



What a coincidence!

0


17th March - Papa
18th April - Jiji
19th February - Abang
20th November - Dedek
21st November - Mama

P/s : Whose birth date, just around the corner?





Merlin

2

Alamak! maaf ya raden Iman.. semalam udah dijanjiin nonton Merlin, bisa-bisanya papa ketiduran. Iya itu kegemerannya mama dan abang. Kalau aja mama ngak kerja malam udah pasti nonton malam tadi.. Ya enak aja nyalahin mama.

Kesian si abang, beria-ia mau tengok drama tu. Dia awal-awal lagi sanggup menukar rancangan kegemarannya di Channel Ceria semata-mata untuk menunggu siar tayangannya pada pukul 10.30 malam di TV3. Tiba-tiba si adik yang sedang tidur di bilik menangis, mungkin mencari mama . Tidak lama kemudian si abang dan si kakak pun ikut masuk ke bilik memujuk dan menemani adik tidur. Melihat si abang yang mengantuk papa memujuknya supaya tidur dan berjanji akan mengejutkannya kemudian. Malam agak panas dan si kakak kelihatan gelisah kepanasan lalu papa menghidupkan aircond. Hmm dalam keselesaan itulah rasanya papa bersandar pada katil dan tertidur. Sori abang.

p.s: Papa ingat janji papa untuk bawa abang tengok wayang.. InshAllah.


3 years

2
Salam,
Maaflah lama tidak update, Papa begitu sibuk dengan rutin harian apatah lagi tiga serangkai sekarang nie sudah mula bermain bersama. Seluruh rumah adalah lokasi permainan dan semua benda menjadi alat permainan.. dapat bayangkan?? surely a heaven place for them but a chaos scenery for us.

Entri kali ni buat papa teragak-agak untuk kongsi bersama tetapi sekadar buat ingatan bahawa kami pernah melalui proses ini dan keputusan ini dibuat untuk kebaikan bersama. Tidaklah bermakna papa&mama tidak ada kaedah perancang keluarga cuma mungkin kurang meyakinkan dan yang kesiannya kesan pada mama yang mengalami kesan sampingan. Akhirnya kami sepakat untuk memilih kaedah implan setelah mendapatkan maklumat dan nasihat dari doktor.

Papa seringkali berhadapan dengan insiden yang membuatkan hati terdetik "hmm.. family planning". Ada satu insiden yang mengeramkan tetapi kalau dikenang rasa kelakar pula ianya berlaku semasa membuat pembayaran di sebuah pasaraya Labuan.

Juruwang : Bang yang ni saiz M (sambil menunjuk pada lampin pakai buang)
Papa : Hmm.. yup (endah tak endah)
Juruwang : Oh mungkin abang salah yang ini (menunjuk pada lampin pakai buang saiz L)
Papa : Hmm.. napa?
Juruwang : Abang tidak salah saiz? Yang XL ni pun mau?
Papa : (deep breath) Iya dek.. ni semua untuk anak saya tiga tahun, dua tahun dan satu tahun.
Juruwang : Maaf encik..

Helper!!!

2
Sapu-sapu- easy one!


kontrol comel!

Fuhh!!!!

Papa.. mission accomplished!

Well well.. Sunday could be my hectics day... maid off-day and usually mama works in morning shift and only come back around 3-5 pm. So I have thousand chores (I love exagerrate :) to do around the house and they want to help out somehow. I know that it might be nice for them to help but feeling a bit impatient. And I just know that it might turn into a two hour project and there might be a big mess to clean up. A mess that could be avoided if you did it yourself.

But I let them do of course with my observation? My idea was when they feel as though their papa@mama believes they're capable of handling simple chores around the house, it is an incredibly powerful message to them. "They believes I can do it!"

Thank you! abang, kakak





in house dancing class

0

Jika anak dibesarkan dengan PERMUSUHAN, dia belajar BERKELAHI,
Jika anak dibesarkan dengan CEMUHAN, dia belajar RENDAH DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan DORONGAN, dia belajar PERCAYAKAN KASIH SAYANG!