Recent twitter entries...

Since Oct,2008

Since Oct,2008
My anak2ku - My life!

Hi there!

I try to figure out what sort of blog that I want to write.. without any interesting idea on my mind, limited time and knowledge. Finally I decided to share my experience of starting a new phase of my life: being a father of my two charming prince and my two beautiful princess whose name are Iman Hafiy (19/02/2007), Siti Fadiyah (18/04/08) and Siti Fathiyah (20/11/2009) & Iman Hazim (19/09/2011)
Everytime I look at them.. I see hope renewed and how simple life can be.


* My thanks go to my beloved wife for showing me the real definitions of marriage and being the best mother for our kids..

Merlin

2

Alamak! maaf ya raden Iman.. semalam udah dijanjiin nonton Merlin, bisa-bisanya papa ketiduran. Iya itu kegemerannya mama dan abang. Kalau aja mama ngak kerja malam udah pasti nonton malam tadi.. Ya enak aja nyalahin mama.

Kesian si abang, beria-ia mau tengok drama tu. Dia awal-awal lagi sanggup menukar rancangan kegemarannya di Channel Ceria semata-mata untuk menunggu siar tayangannya pada pukul 10.30 malam di TV3. Tiba-tiba si adik yang sedang tidur di bilik menangis, mungkin mencari mama . Tidak lama kemudian si abang dan si kakak pun ikut masuk ke bilik memujuk dan menemani adik tidur. Melihat si abang yang mengantuk papa memujuknya supaya tidur dan berjanji akan mengejutkannya kemudian. Malam agak panas dan si kakak kelihatan gelisah kepanasan lalu papa menghidupkan aircond. Hmm dalam keselesaan itulah rasanya papa bersandar pada katil dan tertidur. Sori abang.

p.s: Papa ingat janji papa untuk bawa abang tengok wayang.. InshAllah.


3 years

2
Salam,
Maaflah lama tidak update, Papa begitu sibuk dengan rutin harian apatah lagi tiga serangkai sekarang nie sudah mula bermain bersama. Seluruh rumah adalah lokasi permainan dan semua benda menjadi alat permainan.. dapat bayangkan?? surely a heaven place for them but a chaos scenery for us.

Entri kali ni buat papa teragak-agak untuk kongsi bersama tetapi sekadar buat ingatan bahawa kami pernah melalui proses ini dan keputusan ini dibuat untuk kebaikan bersama. Tidaklah bermakna papa&mama tidak ada kaedah perancang keluarga cuma mungkin kurang meyakinkan dan yang kesiannya kesan pada mama yang mengalami kesan sampingan. Akhirnya kami sepakat untuk memilih kaedah implan setelah mendapatkan maklumat dan nasihat dari doktor.

Papa seringkali berhadapan dengan insiden yang membuatkan hati terdetik "hmm.. family planning". Ada satu insiden yang mengeramkan tetapi kalau dikenang rasa kelakar pula ianya berlaku semasa membuat pembayaran di sebuah pasaraya Labuan.

Juruwang : Bang yang ni saiz M (sambil menunjuk pada lampin pakai buang)
Papa : Hmm.. yup (endah tak endah)
Juruwang : Oh mungkin abang salah yang ini (menunjuk pada lampin pakai buang saiz L)
Papa : Hmm.. napa?
Juruwang : Abang tidak salah saiz? Yang XL ni pun mau?
Papa : (deep breath) Iya dek.. ni semua untuk anak saya tiga tahun, dua tahun dan satu tahun.
Juruwang : Maaf encik..

Helper!!!

2
Sapu-sapu- easy one!


kontrol comel!

Fuhh!!!!

Papa.. mission accomplished!

Well well.. Sunday could be my hectics day... maid off-day and usually mama works in morning shift and only come back around 3-5 pm. So I have thousand chores (I love exagerrate :) to do around the house and they want to help out somehow. I know that it might be nice for them to help but feeling a bit impatient. And I just know that it might turn into a two hour project and there might be a big mess to clean up. A mess that could be avoided if you did it yourself.

But I let them do of course with my observation? My idea was when they feel as though their papa@mama believes they're capable of handling simple chores around the house, it is an incredibly powerful message to them. "They believes I can do it!"

Thank you! abang, kakak





in house dancing class

0

myanak2ku

0


Secara kebetulan papa&mama hendak menukar tinted depan kereta, jadi mengambil kesempatan mengabdikan nama laman web. Sekadar ingatan khas buat anak-anak kesayangan papa&mama.

Ujian kencing: LULUS!

2
Akhirnya abang dan kakak lulus ujian tidak kencing di seluar. Genap 1 bulan tanpa lampin pakai buang. Bukan satu latihan yang mudah buat mereka dan juga buat papa&mama, kedua pihak kena berkerjasama terutama sekali waktu malam kena bangunkan mereka untuk membuang air. Tahniah buat abang dan kakak. Papa&Mama bangga dengan kalian.. muahhhhhhh!!!

I'm a smart reader kids!

0





Smart Readers kids,
Jln Tun Mustapha, Labuan.

Bermulanya fasa baru dalam hidup abang, memasuki alam persekolahan yang begitu menyeronokkan. Pada hari pertama ke sekolah dia sudah boleh berdikari dan tidak mahu ditemani di dalam bilik darjah. Sekarang abang sudah boleh memegang pencil dengan betul dan sangat minat mewarna. Masa lapangnya di rumah dihabiskan dengan membuat kerja rumah dan mewarna. Perkembangan sosialnya semakin baik dan yang geramnya dia enggan dicium di depan teachernya. Belajar rajin-rajin abang.. muahhhh!!!


Jika anak dibesarkan dengan PERMUSUHAN, dia belajar BERKELAHI,
Jika anak dibesarkan dengan CEMUHAN, dia belajar RENDAH DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan DORONGAN, dia belajar PERCAYAKAN KASIH SAYANG!